Jun 25

Saya mendapat info ini dari forum wangcyber. Wajarlah saya kongsikan dengan anda semua.

Uninstall frontpage extension jika tak menggunakannya - sumber dari WangCyber.com

Frontpage extension hanya akan digunakan jika anda publish website anda melalui perisian Microsoft FrontPage. Perkara ini pun ada disebut pada menu cPanel. Kenapa perlu uninstall extension ini, sebabnya, password cpanel anda boleh diketahui. Cuba buka link forum yang saya bagi dan paste kod yang diberi pada ruang search Google.com. Username dan password yang telah diencrypt akan tersenarai. Bahaya tu.

Untuk uninstall front page extension, login ke akaun cPanel anda dan klik ikon “Front Page Extension”. Kemudian, klik butang “Uninstall”. Oh ya, sebelum itu, backup fail .htaccess terlebih dulu. Proses uninstall akan delete fail .htaccess dari server, oleh itu ada baiknya backup fail ini terlebih dulu.

Saya dah pun uninstall extension untuk kesemua website yang saya ada. Tapi, pelik juga bila status masih tunjuk installed. Namun, memang dah uninstall kerana bila saya cuba sekali, prosesnya terhenti kerana telah pun di uninstall sebelum ini.

Jumpa lagi..

Jun 20

Maafkanlah saya. Lama tak dapat nak update blog ini.

Dalam 2 ke 3 minggu lepas, masa terhad yang ada cuma cukup untuk saya update blog saya satu lagi saja. Bukanlah berniat untuk mengabaikan blog ini, cuma waidakmy.com itu blog saya yang utama. Jadi, perlu utamakan yang itu dulu lah. Jangan risau, saya masih sayangkan blog ini :)

Ebook cPanel bukan Perisian..

Saya pernah mendapat emel, ada yang berminat untuk membeli ebook Panduan Asas cPanel ini. Saya tiada masalah, lagi banyak anda beli lagi bagus :D . Masalahnya, ada yang tidak faham apa yang dibeli. Pening juga saya. Ya lah, bagi saya, biarlah saya menjual dengan etika. Itu prinsip saya. Jadi di sini, biarlah saya terangkan sejelas2nya di sini supaya anda lebih faham :)

Apa itu Ebook?

Ebook adalah Buku Digital. Sama macam buku biasa, cuma dalam bentuk digital. Bermakna perlu dibaca di komputer, melainkan anda print ebook tersebut. Selalunya ebook ini dibuat dalam format PDF atau executable file. Jika ebook berformat PDF, ianya perlu dibaca dengan perisian Adobe Reader. Jika ia executable file (akhir dengan .exe), boleh dibuka dengan klik dua kali seperti perisian lain saja.

Apa itu Ebook Panduan Asas cPanel?

Seperti buku lain di pasaran, ebook juga ada pasarannya di dunia internet ni. Macam2 tajuk buku sebenar, macam2 la juga tajuk ebook. Jadi, tajuk ebook jualan saya, Panduan Asas cPanel :)

Apa itu cPanel?

cPanel adalah perisian yang dipasang oleh penyedia hosting (seperti Sempoihosting, ECommerceMastery atau Raksasa Hosting) sebagai panel kawalan untuk website anda. Bayangkan ianya seperti ’stereng’ untuk website anda.

Untuk siapa Ebook Panduan Asas cPanel ini?

  • Jika anda ada website atau blog di domain dan hosting sendiri
  • Hosting anda gunakan cPanel sebagai panel kawalan
  • Mempunyai kawalan ke atas hosting anda sendiri, yakni ada username dan password ke ruang admin website
  • Kurang faham menggunakan cPanel sendiri seperti tak tahu buat email atau ruang download
  • Malas mahu try and error :P

Haa, lengkap dah saya rasa penjelasan saya ni heh. Jika anda berkira2 untuk memiliki domain dan hosting sendiri, tak tahu bagaimana untuk dapatkannya pun boleh juga dapatkan ebook ini..

Jumpa lagi…

Jun 1

Hanya nak berkongsi pengalaman saya tentang ini.

Setelah menyelesaikan pesanan dari pembeli ebook pada Jumaat lepas, saya dapat pula aduan yang ebook tak dapat di-download. Bila saya cuba sendiri, ok pula. Setelah diselidiki, baru tahu, rupa2nya pembeli menggunakan “download manager” atau “download accelerator”.

Download accelerator/manager ni adalah satu perisian yang kita install, dan fungsinya mencepatkan proses download terutamanya fail yang besar (yang beratus2 MB ke Giga). Banyak download manager di internet.

Yang saya tahu, ada sesetengah laman web yang tak membenarkan penggunaan download manager. Kalau tak silap saya, bandwidth yang ada akan digunakan sepenuhnya oleh perisian ini, dan ini tidaklah disuka oleh sesetengah laman web. Pastilah, kita telah menutup peluang orang lain untuk membuka laman web hehe.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal topik ini. Betulkah download manager tak boleh download ebook yang dipasang password cpanel? Saya tak jumpa lagi jawapan kepada permasalahan ini. Ataupun sebenarnya kerana server yang tak membenarkan? Hmmm..

May 23

Seperti yang dijanjikan, saya akan ceritakan program selain Awstat yang kita boleh guna.

Program yang saya sebut ni, adalah Google Analytics.

Mengikut kata orang, bilangan trafik dari Google Analytics (GA) ni lebih tepat. Bagi saya pula, belum boleh buktikan lagi ketepatannya. Saya masih lagi dalam proses membuktikan ketepatannya.

Oleh kerana GA ini tidak berkaitan dengan hosting kita, kita mesti sign up dengan Google terlebih dulu. Kemudian, cipta satu profile website kita di GA. Satu kod akan diberi untuk kita paste ke dalam kod HTML website kita.

Untuk pastikan ketepatan data, adalah lebih baik kita verify kod yang kita tampal dengan SiteScanGA di www.sitescanga.com.

Mengikut pemerhatian saya, bilangan trafik yang didapati dengan Google Analytics ini, kurang sedikit dari Awstats. Saya beranggapan kerana GA tak mengira sekali crawling yang dilakukan oleh robot search engine.

Oh ya, crawling oleh robot search engine ni penting untuk membolehkan website anda tersenarai di Google, Yahoo atau MSN. Jadi, bila orang taip keyword tertentu, website anda akan muncul dalam "Search Results".

Jika benar, nilai trafik adalah lebih berkualiti, kerana hanya pelawat sebenar dikira.

Tools yang ada dalam Google Analytics juga hebat, antaranya, boleh tengok berapa pelawat berulang berbanding pelawat baru. Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melawat website kita, dan macam2 lagi.

Apa kata anda cuba? :)

May 19

Maaflah, kerana lama tak update blog ini. Bermasalah dengan monitor PC, huhu.

Antara benda yang saya suka buat, masa mula2 ada domain sendiri, adalah tengok trafik :) Bila tengok trafik banyak, perasaan seronok pun datang :)

Saya dah pernah tulis sebelum ni, macam mana kita nak tengok trafik ke website sendiri.

Antara perkataan2 trafik yang popular,

  • Unique Visitors

Pelawat sebenar yang melawat website kita buat kali pertama dalam masa yang ditetapkan.

Katakan unique visitors untuk bulan 1 ada 14 orang. Jadi, ada 14 orang yang baru pertama kali melawat website pada bulan 1.

  • Number of visits

Bilangan lawatan yang telah dilakukan.

Katakan, pada bulan 1 tu juga, ada 14 number of visits. Bermakna, bilangan lawatan dalam bulan 1 adalah 14 kali.

Jika nombor ‘Number of Visits’ berbeza dengan ‘unique visitor’. itu tandanya, sudah ada pelawat berulang ke website kita.

  • Pages

Bilangan mukasurat yang telah dilawat

Katakan, dalam bulan yang sama juga, ada 38 pages. Jadi, keseluruhan pages yang telah dilawati oleh pelawat dalam bulan 1 adalah 38.

  •  Hits

Berapa kali website kita diakses. Ini saya kurang pasti sedikit apa kegunaannya.

  • Bandwidth

Berapa banyak bandwidth yang telah digunakan oleh pelawat kita. Jika 50MB, bermakna 14 orang unique visitor tadi, telah guna 50MB bandwidth untuk bulan tersebut.

Begitulah lebih kurang maknanya.

Post seterusnya, saya nak kongsi apa program selain dari Awstats kita boleh guna untuk track trafik :)

Jumpa lagi…

May 6

Kita selalu dengar perkataan bandwidth, tapi kita ni betul2 faham bandwidth tu apa ke?

Apa kata jenguk sini untuk kenali apa itu bandwidth. Perkataan bandwidth ini biasalah selalu kita jumpa masa nak memilih hosting apa yang sesuai.

Apa yang ada diceritakan di sini?

  • Maksud bandwidth?
  • Kisah kecurian bandwidth

Hoho, bandwidth pun boleh dicuri tau. Jangan main2. Mari kita semak sama ada kita ada tercuri bandwidth orang. (Kiranya tak sengaja la nih).

Jangan lupa jenguk2 di sini, boleh la anda lebih faham ketika nak memilih hosting.

Terlangsung cerita tentang hosting, apa kata anda jenguk hosting baru ini? Mana tahu berkenan dengan projek anda untuk masa depan

Jumpa lagi…

« Previous Entries