Apa itu subdomain?

Ada pembaca yang bertanya, jadi saya fikir, baik jawab di sini saja. boleh kongsi dengan anda semua :) Soalan pertama…

"Bagaimana nak upload fail supaya ia wujud di website kita?"

Saya anggap anda dah ada domain dan hosting sendiri lah ni eh. Apa yang anda perlu buat :-

  1. Namakan fail yang anda hendak display dengan "index.html"
  2. Upload fail ke folder "public html" di hosting anda
  3. Uji website anda, untuk tengok betul atau salah, dengan taip nama domain anda

Soalan berikutnya…

"Bagaimana nak letak A di laman utama website kita dan B pula di tempat lain dalam website kita?"

Haa, di sinilah kepentingan subdomain :) Anda boleh tengok laman web saya ni, kan www.asascpanel.com lain berbanding www.asascpanel.com/blog. Jika anda lihat /blog itu adalah subdomain saya. Untuk buat subdomain, pakej hosting yang anda perlu beli mestilah benarkan anda buat subdomain. Jika tidak, maafkan saya. Sebenarnya, untuk letak lain2 benda di hosting anda, boleh juga anda buka satu folder baru di domain (gunakan perisian ftp). Login ke akaun hosting anda gunakan ftp dan cipta satu folder macam dalam windows. Kemudian upload fail html ke dalam folder tersebut. Kekurangan cara ini berbanding cara subdomain ialah:-

  1. Tak boleh track trafik untuk folder terbabit
  2. Alamat perlu betul, contohnya upload fail bernama "yoyo.html" ke dalam folder "Yosh" di domain sy.com (contoh saja). Untuk buka fail ini, alamat yang perlu ditaip adalah www.sy.com/Yosh/yoyo.html. Kalau anda guna subdomain pula, cukup dengan taip www.sy.com/Yosh/

Berbalik pada subdomain tadi, jika pakej hosting anda benarkan buat subdomain, login ke akaun cpanel dan buat subdomain dengan ikon "subdomain". PS : Nak tahu camne nak buat "www.blog.asascpanel.com" atau "www.asascpanel.com/blog", kene la beli ebook asascpanel hohoho :D

Hujung minggu ni proses update blog ini, jika tak available, harap maklum

Tambahan pada 9/4/08:

Ada kesilapan teknikal sikit pada post ni

www.asascpanel.com/blog - subfolder

www.blog.asascpanel.com - subdomain

Harap maklum..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ma.gnolia
  • Technorati

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by fahmi
2008-04-03 21:56:45

thanx atas panduan.memang dapat diaplikasi

Comment by WaidaKmy
2008-04-04 21:19:17

no problem :)

 
 
2008-04-09 20:36:04

[...] saja2 nak pindahkan ni. Dengan buat blog di subdomain (rujuk artikel saya sebelum ini tentang ini), boleh keep track trafik ke blog ini berbanding halaman utamanya. Lebih tepat [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.