Pindah blog ke subdomain dari subfolder

Saya dapat pengajaran berharga hujung minggu hari tu huu..

Alang2 nak upgrade blog ini ke versi yang lebih baru, saya ingat nak pindah blog ini ke subdomain. Mula2, ingat senang lah nak pindah ke subdomain ni huhu. Rupa2nya tak mudah.

Bukan saja2 nak pindahkan ni. Dengan buat blog di subdomain (rujuk artikel saya sebelum ini tentang ini), boleh keep track trafik ke blog ini berbanding halaman utamanya. Lebih tepat berbanding sekarang lah, kerana trafik ke blog ini dan laman utama dikongsi.

Oh ya, saya dah bocorkan rahsia ni hehe. Inilah salah satu perbezaan subdomain dan subfolder. Dengan cPanel, anda boleh track trafik di subdomain. Selepas ini, perhatikan2 ikon di akaun cPanel anda

Berbalik pada cubaan yang saya mahu buat baru2 ni. Selepas saya backup kesemua fail (termasuklah database sekali), saya uninstall blog ini dengan cPanel gunakan ehem2 (klu - salah satu ikon di cPanel). Kemudian, saya buat satu subdomain baru, dan install blog pada subdomain tersebut.

Dah habis install, baru lah tersedar, macam mana nak letak kembali post2 lama huhu. Sudah semestinya dalam database yang saya backup tu. Cuba upload fail database kepada database baru, tapi error. Pastilah, kerana database itu tak sama pun dengan yang baru itu.

Dipendekkan cerita, akhirnya, saya kekalkan saja blog ini pada subfolder. Setelah berhempas pulas, malas mahu membuang masa lagi huhu. Kesimpulannya, ambil lah iktibar, tentukan betul2 anda mahu letak blog anda di mana, hehe.

PS: Jika anda pening baca cerita saya ini, hilangkan kepeningan anda di sini

PPS: Sebenarnya, ada jalan panjang untuk selesaikan masalah di atas, tapi dengan masa yang ada, tidak berbaloi.

PPPS: Ada cara untuk track trafik anda dengan lebih tepat, tanpa gunakan cPanel…hehe…nak tahu..emel saya

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ma.gnolia
  • Technorati

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.