Menarik pertanyaan dari Ummi Nadzrah ini,
Semalam saya pergi kat website tu www.darkwitch-articles.com , langsung tak boleh access i.e. tak boleh view. Sedangkan sites lain tak de masalah. Boleh tolong saya fix masalah ni.?
Sambil selesaikan masalahnya, saya boleh explore juga fungsi cPanel nih. Saya sudah pun reply kepadanya, tapi saya kongsikan juga lah, untuk pengetahuan anda.
Ikutkan ayat Ummi Nadzrah di atas nih, saya pasti bukan kerana masalah sambungan Internet, kerana dia mampu melihat laman web yang lain. Jadi, saya syak IP address komputernya telah disekat oleh tuan punya laman web tersebut.
Tapi, kita perlu pastikan betul2 lah dulu. Untuk pastikan, cuba buka buka laman web tersebut dengan komputer lain, contohnya di ofis ke. Sebabnya, komputer lain, IP address nye lain. Jika anda tahu untuk tukar IP address komputer anda, boleh lah tukar, dan cuba lihat laman web kembali. (Saya akan share tentang cara2 tukar IP address pada masa akan datang di sini)
Jika ya, kenapa perlu kita sekat IP address? Apa kegunaan nya? Kegunaannya, jika ada komputer yang kerap membuat spam atau membuat kacau pada laman web anda, anda sekat saja IP address komputer terbabit. Tak ada lah menyusahkan anda, betul tak? (Ini bukanlah bermaksud Ummi mengganggu tuan punya laman web itu ye, ada sebab2nya)
Untuk buat sebegini, anda perlu gunakan fungsi IP Deny Manager.
Setelah klik ikon IP Deny Manager pada akaun cPanel, masukkan IP address yang anda mahu sekat. Anda boleh juga masukkan nama domain. Kemudian, tekan butang “Add”. Jangan risau, jika anda dah masukkan IP address, kerana anda boleh juga buang kembali IP address terbabit.
Apa2 pun, biarlah kita guna fungsi ini secara berhemah ya 









No comments yet.