Maaflah, kerana lama tak update blog ini. Bermasalah dengan monitor PC, huhu.
Antara benda yang saya suka buat, masa mula2 ada domain sendiri, adalah tengok trafik
Bila tengok trafik banyak, perasaan seronok pun datang
Saya dah pernah tulis sebelum ni, macam mana kita nak tengok trafik ke website sendiri
Antara perkataan2 trafik yang popular,
- Unique Visitors
Pelawat sebenar yang melawat website kita buat kali pertama dalam masa yang ditetapkan.
Katakan unique visitors untuk bulan 1 ada 14 orang. Jadi, ada 14 orang yang baru pertama kali melawat website pada bulan 1.
- Number of visits
Bilangan lawatan yang telah dilakukan.
Katakan, pada bulan 1 tu juga, ada 14 number of visits. Bermakna, bilangan lawatan dalam bulan 1 adalah 14 kali.
Jika nombor ‘Number of Visits’ berbeza dengan ‘unique visitor’. itu tandanya, sudah ada pelawat berulang ke website kita.
- Pages
Bilangan mukasurat yang telah dilawat
Katakan, dalam bulan yang sama juga, ada 38 pages. Jadi, keseluruhan pages yang telah dilawati oleh pelawat dalam bulan 1 adalah 38.
- Hits
Berapa kali website kita diakses. Ini saya kurang pasti sedikit apa kegunaannya.
- Bandwidth
Berapa banyak bandwidth yang telah digunakan oleh pelawat kita. Jika 50MB, bermakna 14 orang unique visitor tadi, telah guna 50MB bandwidth untuk bulan tersebut.
Begitulah lebih kurang maknanya.
Post seterusnya, saya nak kongsi apa program selain dari Awstats kita boleh guna untuk track trafik
Jumpa lagi…









Utk lebeh paham.
Jika ali datang ke website anda dan tgk page1 sebanyak 3 kali, page2 sebnyak 1 kali dan page3 sebanyak 1 kali.
Kemudian abu pulak datang dan tgk page1 sebanyak 1 kali, page2 sebnyak 2 kali dan page3 sebanyak 1 kali.
Kemudian ali datang balik dan tgk page2 sebanyak 1 kali.
size page pulak ada lah page1=1kb page2=2kb page3=3kb
Mangikut statistik diatas.
Unique visitor adalah 2. (walaupun ali datang semula, dia tidak dikira sebagai satu lagi unique visitor sebab dia telah pernah datang ke website anda)
pages ada lah 6 ( 3 page utk ali dan 3 page utk abu, menglihat page yang sama tidak dikira sebagai page yang baru, tetapi user yang berbeza dianggap page baru)
hits pulak adalah 10 ( ali 6 hits, abu 4 hits)
bandwidth pulak adalah.18kb (1kbx4hit(page1)+2kbx4hit(page2)+3kb+2hit(page3), jadi total =4+8+6=10)
saya ada jugak tip utk jimatkan bandwidth.. tapi itu tunggu masa lain laa.. penat menaip…
thanks paan
analogi yang bagus…