Seperti yang dijanjikan, saya akan ceritakan program selain Awstat yang kita boleh guna.
Program yang saya sebut ni, adalah Google Analytics.
Mengikut kata orang, bilangan trafik dari Google Analytics (GA) ni lebih tepat. Bagi saya pula, belum boleh buktikan lagi ketepatannya. Saya masih lagi dalam proses membuktikan ketepatannya.
Oleh kerana GA ini tidak berkaitan dengan hosting kita, kita mesti sign up dengan Google terlebih dulu. Kemudian, cipta satu profile website kita di GA. Satu kod akan diberi untuk kita paste ke dalam kod HTML website kita.
Untuk pastikan ketepatan data, adalah lebih baik kita verify kod yang kita tampal dengan SiteScanGA di www.sitescanga.com.
Mengikut pemerhatian saya, bilangan trafik yang didapati dengan Google Analytics ini, kurang sedikit dari Awstats. Saya beranggapan kerana GA tak mengira sekali crawling yang dilakukan oleh robot search engine.
Oh ya, crawling oleh robot search engine ni penting untuk membolehkan website anda tersenarai di Google, Yahoo atau MSN. Jadi, bila orang taip keyword tertentu, website anda akan muncul dalam “Search Results”.
Jika benar, nilai trafik adalah lebih berkualiti, kerana hanya pelawat sebenar dikira.
Tools yang ada dalam Google Analytics juga hebat, antaranya, boleh tengok berapa pelawat berulang berbanding pelawat baru. Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melawat website kita, dan macam2 lagi.
Apa kata anda cuba?









Secara teknikal nyer AWStat adalah lebih tepat.. Kerana dia amek data dari Web server log kita..
Google analytic adalah kurang tepat sebab:
1. Kalau visitor kita disable javascript maka visit dia tak dikira
2. ABP(http://adblockplus.org), plugin firefox untuk ad blocking yang paling popular sekali, secara defaultnyer akan block javascript google analytics.
Walaubagaimana pun.. Google analytic tetap menjadi pilihan ramai dan digunakan bersama dgn AWStats dan bukan sebagai ganti AWStats. Ini adalah kerana kebolehan GA mempunyai byk fungsi2 analytics yang berguna seperti dril drill down user detail dari segi browser, lokasi dan banyak lagi..
Oleh itu GA lebeh sesuai sebagai companion AWStats dan bukannyer penggantinyer..
owh, begitu kah? maknanya anggapan saya tu perlu masukkan yang paan cakapkan kat atas tu.
memang tengah fikirkan apa yang menyebabkan bilangan visitor antara kedua-duanya tak sama.
tapi memang saya akui,tools GA ini memang hebat. saya paling sukakan ciri pelawat berulang vs pelawat baru tu