Hanya nak berkongsi pengalaman saya tentang ini.
Setelah menyelesaikan pesanan dari pembeli ebook pada Jumaat lepas, saya dapat pula aduan yang ebook tak dapat di-download. Bila saya cuba sendiri, ok pula. Setelah diselidiki, baru tahu, rupa2nya pembeli menggunakan “download manager” atau “download accelerator”.
Download accelerator/manager ni adalah satu perisian yang kita install, dan fungsinya mencepatkan proses download terutamanya fail yang besar (yang beratus2 MB ke Giga). Banyak download manager di internet.
Yang saya tahu, ada sesetengah laman web yang tak membenarkan penggunaan download manager. Kalau tak silap saya, bandwidth yang ada akan digunakan sepenuhnya oleh perisian ini, dan ini tidaklah disuka oleh sesetengah laman web. Pastilah, kita telah menutup peluang orang lain untuk membuka laman web hehe.
Oh ya, berbalik kepada cerita asal topik ini. Betulkah download manager tak boleh download ebook yang dipasang password cpanel? Saya tak jumpa lagi jawapan kepada permasalahan ini. Ataupun sebenarnya kerana server yang tak membenarkan? Hmmm..









saya rasa password cpanel yang akak maksudkan nih ada lah “Basic HTTP Authentication”(http://en.wikipedia.org/wiki/Basic_access_authentication)..
Kebanyakkan download manager mmg support feature ni.. Cuma perlu masukkan username/password dalam download manager tu.. lepas tu bolehlah download guna download manager…
password cpanel - password yang dipasang menggunakan fungsi pada cpanel
mungkin juga sama seperti yang paan cakapkan tu, basic HTTP authentication..
oho, betul juga tu. saya terlupa nak tanya pembeli saya tu ada masukkan password dan username tak.
dia cuma cakap pada ruang download, ada tanda ‘x’ maksudnya tak boleh download