Saya mendapat info ini dari forum wangcyber. Wajarlah saya kongsikan dengan anda semua.
Uninstall frontpage extension jika tak menggunakannya - sumber dari WangCyber.com
Frontpage extension hanya akan digunakan jika anda publish website anda melalui perisian Microsoft FrontPage. Perkara ini pun ada disebut pada menu cPanel. Kenapa perlu uninstall extension ini, sebabnya, password cpanel anda boleh diketahui. Cuba buka link forum yang saya bagi dan paste kod yang diberi pada ruang search Google.com. Username dan password yang telah diencrypt akan tersenarai. Bahaya tu.
Untuk uninstall front page extension, login ke akaun cPanel anda dan klik ikon “Front Page Extension”. Kemudian, klik butang “Uninstall”. Oh ya, sebelum itu, backup fail .htaccess terlebih dulu. Proses uninstall akan delete fail .htaccess dari server, oleh itu ada baiknya backup fail ini terlebih dulu.
Saya dah pun uninstall extension untuk kesemua website yang saya ada. Tapi, pelik juga bila status masih tunjuk installed. Namun, memang dah uninstall kerana bila saya cuba sekali, prosesnya terhenti kerana telah pun di uninstall sebelum ini.
Jumpa lagi..









No comments yet.