Saya terjumpa website sample 404 pages ini. Ada 4 contoh yang diletakkan. Saya rasa, penting untuk kita letak salah satu ciri yang akan saya kongsikan di sini.
Contoh 1 - Johnny Flash
Contoh 2 - Wikipedia
Contoh 3 - Apple
Saya telah tanda dengan kotak merah ketiga2 contoh itu, untuk tunjukkan ciri2 penting.
Dalam Contoh 1 (Johnny Flash), ada link ke halaman utama. Ini akan membantu direct visitor ke halaman utama. Mengikut sumber, hanya 23% visitor yang akan cuba mencari missing page tersebut, manakala bakinya (77%) akan pergi begitu saja, setelah jumpa 404. Hmm, rugi bukan. Dah kehilangan 77% visitor.
Contoh 2 (Wikipedia) pula, selain dari meletak link ke halaman utama, penting kita untuk memberitahu apa yang terjadi kepada visitor. Maknanya visitor tahu mereka telah taip alamat yang salah, atau mencari alamat yang tidak wujud, dan lain2. Bayangkan, jika anda meletak iklan di 404 pages anda, tapi tidak ada pemberitahuan sebegini. Tentu visitor anda pelik heh.
Contoh 3 (Apple) pula, bagus juga jika dapat buat sebegini. Ini kerana, Apple telah meletak link2 yang anda boleh lawati untuk 404 pages nya. Katakan anda memang mahu tahu tentang iPod, tapi tersalah alamat. Hanya perlu klik link iPod tanpa perlu ke ke halaman utama.
PS : Saya memang akan jarang update blog ini selepas ini. Harap maklum. Apa kata anda subscribe RSS untuk tahu update terkini blog ini. Terima Kasih







