Macam yang saya tulis dalam buka akaun emel dengan cPanel, emel di domain sendiri ni nampak professional. Hmm, tapi sebenarnya saya tak berapa gemar nak cek emel di situ. Bocor dah rahsia
Sebabnya, lain2 akaun kena dibuka berasingan. Katakan anda buat 2 akaun, 1 untuk pertanyaan 1 lagi untuk urusan pembelian, jadi ada 2 emel, pertanyaan@domainanda.com dan pembelian@domainanda.com.
Nak buka kedua2 emel ni, anda perlu login akaun pertanyaan, kemudian logout, dan login pula akaun pembelian. Leceh juga. Itu yang saya tak berapa gemar tu huhu. Untuk atasi masalah malas saya tu, saya gunakan fungsi Forwarders.

(Juga boleh set konfigurasi forwarders untuk setiap akaun emel yang ada di “Forwarding Option”)
Setiap akaun emel saya, saya setkan fungsi forward ke akaun gmail saya. Selepas diset, setiap emel yang masuk ke inbox akan dihantar ke inbox gmail saya. Mudah bukan?
Jadi, hanya buka di Gmail lah, dan tiada la masalah terlepas emel2 penting di akaun emel cPanel.

