Apr 9

Saya dapat pengajaran berharga hujung minggu hari tu huu..

Alang2 nak upgrade blog ini ke versi yang lebih baru, saya ingat nak pindah blog ini ke subdomain. Mula2, ingat senang lah nak pindah ke subdomain ni huhu. Rupa2nya tak mudah.

Bukan saja2 nak pindahkan ni. Dengan buat blog di subdomain (rujuk artikel saya sebelum ini tentang ini), boleh keep track trafik ke blog ini berbanding halaman utamanya. Lebih tepat berbanding sekarang lah, kerana trafik ke blog ini dan laman utama dikongsi.

Oh ya, saya dah bocorkan rahsia ni hehe. Inilah salah satu perbezaan subdomain dan subfolder. Dengan cPanel, anda boleh track trafik di subdomain. Selepas ini, perhatikan2 ikon di akaun cPanel anda

Berbalik pada cubaan yang saya mahu buat baru2 ni. Selepas saya backup kesemua fail (termasuklah database sekali), saya uninstall blog ini dengan cPanel gunakan ehem2 (klu - salah satu ikon di cPanel). Kemudian, saya buat satu subdomain baru, dan install blog pada subdomain tersebut.

Dah habis install, baru lah tersedar, macam mana nak letak kembali post2 lama huhu. Sudah semestinya dalam database yang saya backup tu. Cuba upload fail database kepada database baru, tapi error. Pastilah, kerana database itu tak sama pun dengan yang baru itu.

Dipendekkan cerita, akhirnya, saya kekalkan saja blog ini pada subfolder. Setelah berhempas pulas, malas mahu membuang masa lagi huhu. Kesimpulannya, ambil lah iktibar, tentukan betul2 anda mahu letak blog anda di mana, hehe.

PS: Jika anda pening baca cerita saya ini, hilangkan kepeningan anda di sini

PPS: Sebenarnya, ada jalan panjang untuk selesaikan masalah di atas, tapi dengan masa yang ada, tidak berbaloi.

PPPS: Ada cara untuk track trafik anda dengan lebih tepat, tanpa gunakan cPanel…hehe…nak tahu..emel saya

Apr 3

Ada pembaca yang bertanya, jadi saya fikir, baik jawab di sini saja. boleh kongsi dengan anda semua :) Soalan pertama…

"Bagaimana nak upload fail supaya ia wujud di website kita?"

Saya anggap anda dah ada domain dan hosting sendiri lah ni eh. Apa yang anda perlu buat :-

  1. Namakan fail yang anda hendak display dengan "index.html"
  2. Upload fail ke folder "public html" di hosting anda
  3. Uji website anda, untuk tengok betul atau salah, dengan taip nama domain anda

Soalan berikutnya…

"Bagaimana nak letak A di laman utama website kita dan B pula di tempat lain dalam website kita?"

Haa, di sinilah kepentingan subdomain :) Anda boleh tengok laman web saya ni, kan www.asascpanel.com lain berbanding www.asascpanel.com/blog. Jika anda lihat /blog itu adalah subdomain saya. Untuk buat subdomain, pakej hosting yang anda perlu beli mestilah benarkan anda buat subdomain. Jika tidak, maafkan saya. Sebenarnya, untuk letak lain2 benda di hosting anda, boleh juga anda buka satu folder baru di domain (gunakan perisian ftp). Login ke akaun hosting anda gunakan ftp dan cipta satu folder macam dalam windows. Kemudian upload fail html ke dalam folder tersebut. Kekurangan cara ini berbanding cara subdomain ialah:-

  1. Tak boleh track trafik untuk folder terbabit
  2. Alamat perlu betul, contohnya upload fail bernama "yoyo.html" ke dalam folder "Yosh" di domain sy.com (contoh saja). Untuk buka fail ini, alamat yang perlu ditaip adalah www.sy.com/Yosh/yoyo.html. Kalau anda guna subdomain pula, cukup dengan taip www.sy.com/Yosh/

Berbalik pada subdomain tadi, jika pakej hosting anda benarkan buat subdomain, login ke akaun cpanel dan buat subdomain dengan ikon "subdomain". PS : Nak tahu camne nak buat "www.blog.asascpanel.com" atau "www.asascpanel.com/blog", kene la beli ebook asascpanel hohoho :D

Hujung minggu ni proses update blog ini, jika tak available, harap maklum

Tambahan pada 9/4/08:

Ada kesilapan teknikal sikit pada post ni

www.asascpanel.com/blog - subfolder

www.blog.asascpanel.com - subdomain

Harap maklum..

Mar 28

Sejak2 ada hosting sendiri ni, saya rasa kerja2 yang paling kerap upload lah. Setuju dengan saya? :) Yang saya tahu, nak upload fail ke hosting ada 2 cara

  • Cara FTP

FTP (File Transfer Protocol), sebenarnya satu jenis protokol atau bahasa untuk komunikasi antara 2 komputer (komputer saya dan server hosting :D ) Install FTP klient dalam komputer. Login ke akaun hosting dan pindah / upload fail ke server. Mudah dan cepat. Konsepnya pun senang, kebanyakannya drag and drop saja hehe. Sejak dah install FireFTP (add-on untuk Firefox), dah kurang pakai klien FTP lain :)

  • Cara File Manager di cPanel

Yang ini, sedikit leceh tapi berguna jika saya guna komputer orang lain. Yelah, takkan nak install FTP klien kat komputer orang hehe. Nak upload, masuk ke “File Manager” di akaun cPanel, dan satu page baru akan terbuka. Semua fail akan disenaraikan. Ada satu pilihan “Upload File” di bahagian atas. Anda bayangkan proses upload ini seperti anda buat attachment pada emel. Perlu “browse” fail terlebih dulu, dan baru lah boleh klik “upload”. Leceh bukan? :D Fail yang sedikit masih rajin lagi. Saya memang malas hoho.

Ada cara upload lain ke? Hmm, setakat ni saya cuma tahu 2 saja. Kongsi dengan saya jika ada cara lain :) Berminat juga nak tahu. Ok, jumpa lagi :)

Mar 4

Sebelum memilih penyedia hosting, saya tentukan keperluan saya terlebih dulu. Meaning, apa yang saya nak buat dengan website tu nanti. Buat blog? Atau minisite? Kedai Online? Atau berkongsi fail2 yang bersaiz besar, contohnya koleksi manga saya :D ?

Lain ciri website yang saya nak buat, lainlah ciri2 yang hosting yang saya perlukan.

Katakan, saya hanya nak buat minisite. Oh ya, minisite ni website yang selalunya menjual satu jenis barang saja. Boleh lihat contohnya di sini. Katakan juga, produk di minisite itu, hanya akan menjual ebook yang bersaiz dalam 2-3MB saja.

Jadi, untuk ruang storan atau space, saya perlukan 30-40MB saja, untuk simpan ebook dan fail2 html minisite, seperti banner, salesletter dan lain2 lah. Tak perlu ruang sampai 500MB atau yang berGiga2 kan?

Kalau bandwidth pula, haa, yang ni saya perlu banyak, sebabnya, nanti ada orang akan download ebook tu kan? Kalau sikit sangat bandwidth nye, lambat pula proses download nanti, lagi2 kalau ramai yang tengah mendownload dalam masa yang sama. Kalau sikit sangat, tak sampai sebulan, website saya tak dapat dicapai, gara2 tak cukup bandwidth hoho. Disebabkan saiz ebook tu kecil je, bandwidth 1-2 Gig dah cukup rasa2nya.

Hmm, saya ada nak tambah subdomain dan addon domain tak rasa2nya di website baru ni? Boleh juga..

Haa, subdomain ni, contohnya yang anda sedang baca ni lah. Cuba tengok alamat blog ni? Kan ada /blog di belakangnya? Saya bina blog asas cpanel ni di subdomain asascpanel.com. Bagus juga kan kalau ada subdomain. Haa, kenalah cari pakej yang ada tawarkan subdomain, tak kiralah unlimited ke, 5 je ke..

Cara nak tambah subdomain? Nak tahu caranya, kenalah beli ebook ni :D

Mar 2
Hosting?
icon1 WaidaKmy | icon2 Hosting dan Domain | icon4 03 2nd, 2008| icon3No Comments »

Tak sah sebut tentang Cpanel ni kalau tak sebut tentang hosting.. :) sebabnya dua2 ni saling berkait rapat.

Baik, saya ceritakan ikut pengalaman saja. Setakat ni, dah ada 2 domain. Satu www.waidakmy.com, satu lagi www.asascpanel.com.

Domain saya yang pertama, waidakmy.com, dihost dengan ecommercemastery.com. Kenapa saya beli dengan mereka? Sebabnya, tertarik dengan tawaran pakej “beginner” mereka. Saya kira fungsi yang ada sesuai lah untuk yang saya, yang baru nak cuba2 berjinak dengan website ni. Kesimpulannya, saya beli domain dan hosting sekali dari penyedia yang sama.

Domain yang kedua pula, asascpanel.com (domain untuk blog ni), saya nak cuba2 penyedia hosting yang lain pula. Jadi, saya cuba sempoihosting.com. Dengar2 kata orang lain, hosting ni best hehe. Yang menariknya, sempoihosting ni, anda bayar berapa banyak MB yang anda mahu. Katakan, anda cuma nak guna 30MB, jadi anda hanya bayar untuk 30Mb itu saja.

Tetapi, untuk asascpanel.com, domainnya saya tetap beli dengan ecommercemastery.com. Sebab apa, harga domainnya lebih murah, hohoho. RM30/setahun untuk satu domain. Kalau di sempoihosting.com, RM35/setahun setiap satu.

Kesimpulannya di sini, anda boleh pilih untuk membeli dari penyedia hosting sama ada, “domain”, “domain berserta hosting” dan “hosting” saja. Setiap penyedia hosting masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Jadi, pilihlah hosting ikut kesesuaian dan keperluan website anda. Kan membazir, anda beli ruang bersaiz GB, tapi hanyalah untuk minisite.

Adios~

P/S: memilih hosting ni, bukan ikut saiz dan bandwidth saja. ada lagi perkara lain yang perlu anda perhatikan..akan saya sentuh di entri akan datang… :D