Apr 27

Tak sihat pula akhir2 ni. Sibuk juga lately ni huhu (Itulah lambat sikit update blog ini huhu). Disebabkan saya tak berapa sihat sangat, jadi tulisan kali ini pendek saja. Dalam sibuk2 mengerjakan blog saya yang satu lagi, terperasan pula sesuatu yang menarik untuk tatapan anda semua. Berkaitan cPanel juga nih

Apa kata tukar stail pembelajaran dari membaca ebook, kepada menonton video? Berminat? Tapi, jangan la pula lepas ni dah tak baca blog ini lagi, hehe. Mari melawat ke www.ecommercemastery.com/video/. Team SaifulSham & Partners ada sediakan 2 video percuma untuk anda. Video ini tentang cPanel juga.

1 - Bagaimana Untuk Melindungi File & Folder Anda Menggunakan Cpanel

2 - Bagaimana Untuk Menambahkan Domain Tambahan Kepada Akaun Hosting Anda?

Dengan Video 1, kita boleh lindungi barang2 berharga dalam website kita contohnya, ebook, dari dikebas oleh orang lain tanpa perlu membayar pada kita. Video 2 pula banyak membantu kita menjimatkan kos untuk hosting, kerana hanya perlu bayar 1 hosting untuk 1 atau lebih website.

Memang penting dan hebat, kalau dapat kuasai asas cPanel ini.

Mereka (Team SaifulSham & Partners) pun menyedari betapa pentingnya perlu menguasai asas cPanel supaya dapat memaksimakan kemudahan hosting berbayar kita yang ada.

Kami menyedari bahawa ramai pelanggan kami yang kerugian dan perniagaan internet mereka tidak ada kemajuan. Antara sebab perkara ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan hosting berbayar yang mereka gunakan. - sumber dari http://www.ecommercemastery.com/video/

Jadi, apa kata juri?

Apr 18
Istilah-Istilah cPanel
icon1 WaidaKmy | icon2 Pengenalan | icon4 04 18th, 2008| icon3No Comments »

Susah juga nak cari theme yang menarik hati, dan sedap dipandang. Theme yang lama ni, sakit mata pula pandang lama2, sebab warna hijaunya tu. Saya pun sakit mata, apatah lagi anda. Hmm, maafkan saya la eh . Jadi, sementara saya jumpa theme yang menarik hati, saya pakai je dulu theme default Wordpress hehe.

Hari ini, mari belajar makna2 istilah dalam cPanel Bila dah faham makna, mudah la untuk anda kuasai ilmu asas cPanel, bukan?

Beberapa ikon yang anda boleh temui di akaun cPanel anda antaranya,

Pengurus Fail - Untuk mengurus fail2 yang berada di dalam hosting anda. Di sini lah terdapat fungsi untuk upload fail ke server, selain cara FTP

Penggunaan Ruang Storan - Melihat berapa saiz storan (MB) untuk setiap fail di hosting. Mudah untuk tahu, fail apa yang menggunakan ruang paling besar

Backup - Simpan data yang ada di hosting, sama ada database, email, atau keseluruhan website sebagai backup. Sekiranya berlaku sesuatu, hanya perlu upload kembali fail yang dibackup menggunakan fungsi ini

Perlindungan Direktori dengan Password - Salah satu cara melindungi ruang download dari diceroboh orang, ialah dengan memasang password pada ruang download page. Sebelum mendownload, orang tersebut perlu masukkan password. Lecehnya, anda perlu buat akses untuk setiap orang yang masuk, dan tidak boleh diautomasikan

Ok, cukup sampai di sini dulu . Jumpa lagi…

Feb 27
Apa itu Cpanel?
icon1 WaidaKmy | icon2 Pengenalan | icon4 02 27th, 2008| icon3No Comments »

Selamat Datang ke Blog Asas cPanel

Ok, pernah dengar pasal cPanel?

APA ITU CPANEL?

cPanel ni satu perisian yang diguna untuk kawal “website” anda. Perisian ini selalunya didatangkan percuma bila anda membeli domain dan hosting sendiri.

cpanel_main.gif

Untuk yang berminat buat “website” anda sendiri, anda perlulah ada domain dan hosting.

Domain itu contohnya, www.waidakmy.com atau www.asascpanel.com/blog. Domain ni, bahasa mudahnya, adalah alamat “website” anda.

Hosting pula, tempat di mana “website” anda berada. Untuk membolehkan orang lain di internet mengakses “website” anda, anda perlulah menyewa satu ruang di server. Server ini bersambung terus-terusan dengan internet, dan bolehkan orang lain akses “website” anda setiap masa. Ruang itu lah kita panggil hosting.

Selalunya, perisian Cpanel ni akan datang sekali dengan ruang hosting yang anda sewa. Jadi, patutlah kita mahirkan diri dengan kawalan Cpanel ni kan? :)

Selain dari Cpanel, ada juga perisian kawalan lain, tapi saya tak akan sentuh di sini (Nama blog ini pun AsasCpanel bukan? :P ) Di sini, saya hanya fokus pada Cpanel sebabnya saya rasa panel kawalan Cpanel ni dah cukup best :D

Jumpa lagi..