Seperti yang dijanjikan, saya akan ceritakan program selain Awstat yang kita boleh guna.
Program yang saya sebut ni, adalah Google Analytics.
Mengikut kata orang, bilangan trafik dari Google Analytics (GA) ni lebih tepat. Bagi saya pula, belum boleh buktikan lagi ketepatannya. Saya masih lagi dalam proses membuktikan ketepatannya.
Oleh kerana GA ini tidak berkaitan dengan hosting kita, kita mesti sign up dengan Google terlebih dulu. Kemudian, cipta satu profile website kita di GA. Satu kod akan diberi untuk kita paste ke dalam kod HTML website kita.
Untuk pastikan ketepatan data, adalah lebih baik kita verify kod yang kita tampal dengan SiteScanGA di www.sitescanga.com.
Mengikut pemerhatian saya, bilangan trafik yang didapati dengan Google Analytics ini, kurang sedikit dari Awstats. Saya beranggapan kerana GA tak mengira sekali crawling yang dilakukan oleh robot search engine.
Oh ya, crawling oleh robot search engine ni penting untuk membolehkan website anda tersenarai di Google, Yahoo atau MSN. Jadi, bila orang taip keyword tertentu, website anda akan muncul dalam “Search Results”.
Jika benar, nilai trafik adalah lebih berkualiti, kerana hanya pelawat sebenar dikira.
Tools yang ada dalam Google Analytics juga hebat, antaranya, boleh tengok berapa pelawat berulang berbanding pelawat baru. Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melawat website kita, dan macam2 lagi.
Apa kata anda cuba?

Mana tahu berkenan dengan projek anda untuk masa depan
. Selesai satu masalah..



