Aug 2
Maafkan saya…
icon1 WaidaKmy | icon2 Umum | icon4 08 2nd, 2008| icon3No Comments »

Sedikit pengumuman dari saya…

Maafkan saya..

jika anda telah

  1. membeli ebook Panduan Asas cPanel
  2. menghantar email dengan mengisi kotak “Email Saya”

Sebenarnya kerana kekangan masa, saya telah membuat setting pada cPanel supaya forward kan email anda semua ke akaun Gmail saya (jawapannya ada di ehem2 :) ) Bila dah buat begini, hanya perlu buka akaun Gmail setiap hari, tanpa perlu login ke cPanel.

Saya pelik juga kenapa tiada emel dari domain ini ke akaun Gmail saya. Setelah disiasat, rupanya setting itu telah terpadam (atau dipadam? hmm). Jangan risau, saya sudah letak kembali setting tersebut. Oleh itu, sesiapa yang menghantar email selama 2 minggu (atau lama lagi? ) kebelakangan ini, lambat sikit saya reply. Maafkan saya (cuai juga sebenarnya ni hu )

Saya dah pun reply emel pembeli2 yang meminta download link. Jika anda belum dapat, jangan lupa beritahu saya (yang berkenaan saja ye). Boleh cuba cek folder Spam anda terlebih dulu. Saya akan hantar kembali link download kepada emel anda.

Jumpa lagi!! :)

Jun 25

Saya mendapat info ini dari forum wangcyber. Wajarlah saya kongsikan dengan anda semua.

Uninstall frontpage extension jika tak menggunakannya - sumber dari WangCyber.com

Frontpage extension hanya akan digunakan jika anda publish website anda melalui perisian Microsoft FrontPage. Perkara ini pun ada disebut pada menu cPanel. Kenapa perlu uninstall extension ini, sebabnya, password cpanel anda boleh diketahui. Cuba buka link forum yang saya bagi dan paste kod yang diberi pada ruang search Google.com. Username dan password yang telah diencrypt akan tersenarai. Bahaya tu.

Untuk uninstall front page extension, login ke akaun cPanel anda dan klik ikon “Front Page Extension”. Kemudian, klik butang “Uninstall”. Oh ya, sebelum itu, backup fail .htaccess terlebih dulu. Proses uninstall akan delete fail .htaccess dari server, oleh itu ada baiknya backup fail ini terlebih dulu.

Saya dah pun uninstall extension untuk kesemua website yang saya ada. Tapi, pelik juga bila status masih tunjuk installed. Namun, memang dah uninstall kerana bila saya cuba sekali, prosesnya terhenti kerana telah pun di uninstall sebelum ini.

Jumpa lagi..

Jun 20

Maafkanlah saya. Lama tak dapat nak update blog ini.

Dalam 2 ke 3 minggu lepas, masa terhad yang ada cuma cukup untuk saya update blog saya satu lagi saja. Bukanlah berniat untuk mengabaikan blog ini, cuma waidakmy.com itu blog saya yang utama. Jadi, perlu utamakan yang itu dulu lah. Jangan risau, saya masih sayangkan blog ini :)

Ebook cPanel bukan Perisian..

Saya pernah mendapat emel, ada yang berminat untuk membeli ebook Panduan Asas cPanel ini. Saya tiada masalah, lagi banyak anda beli lagi bagus :D . Masalahnya, ada yang tidak faham apa yang dibeli. Pening juga saya. Ya lah, bagi saya, biarlah saya menjual dengan etika. Itu prinsip saya. Jadi di sini, biarlah saya terangkan sejelas2nya di sini supaya anda lebih faham :)
Apa itu Ebook?

Ebook adalah Buku Digital. Sama macam buku biasa, cuma dalam bentuk digital. Bermakna perlu dibaca di komputer, melainkan anda print ebook tersebut. Selalunya ebook ini dibuat dalam format PDF atau executable file. Jika ebook berformat PDF, ianya perlu dibaca dengan perisian Adobe Reader. Jika ia executable file (akhir dengan .exe), boleh dibuka dengan klik dua kali seperti perisian lain saja.

Apa itu Ebook Panduan Asas cPanel?

Seperti buku lain di pasaran, ebook juga ada pasarannya di dunia internet ni. Macam2 tajuk buku sebenar, macam2 la juga tajuk ebook. Jadi, tajuk ebook jualan saya, Panduan Asas cPanel :)

Apa itu cPanel?

cPanel adalah perisian yang dipasang oleh penyedia hosting (seperti Sempoihosting, ECommerceMastery atau Raksasa Hosting) sebagai panel kawalan untuk website anda. Bayangkan ianya seperti ’stereng’ untuk website anda.

Untuk siapa Ebook Panduan Asas cPanel ini?

  • Jika anda ada website atau blog di domain dan hosting sendiri
  • Hosting anda gunakan cPanel sebagai panel kawalan
  • Mempunyai kawalan ke atas hosting anda sendiri, yakni ada username dan password ke ruang admin website
  • Kurang faham menggunakan cPanel sendiri seperti tak tahu buat email atau ruang download
  • Malas mahu try and error :P

Haa, lengkap dah saya rasa penjelasan saya ni heh. Jika anda berkira2 untuk memiliki domain dan hosting sendiri, tak tahu bagaimana untuk dapatkannya pun boleh juga dapatkan ebook ini..

Jumpa lagi…

Jun 1

Hanya nak berkongsi pengalaman saya tentang ini.

Setelah menyelesaikan pesanan dari pembeli ebook pada Jumaat lepas, saya dapat pula aduan yang ebook tak dapat di-download. Bila saya cuba sendiri, ok pula. Setelah diselidiki, baru tahu, rupa2nya pembeli menggunakan “download manager” atau “download accelerator”.

Download accelerator/manager ni adalah satu perisian yang kita install, dan fungsinya mencepatkan proses download terutamanya fail yang besar (yang beratus2 MB ke Giga). Banyak download manager di internet.

Yang saya tahu, ada sesetengah laman web yang tak membenarkan penggunaan download manager. Kalau tak silap saya, bandwidth yang ada akan digunakan sepenuhnya oleh perisian ini, dan ini tidaklah disuka oleh sesetengah laman web. Pastilah, kita telah menutup peluang orang lain untuk membuka laman web hehe.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal topik ini. Betulkah download manager tak boleh download ebook yang dipasang password cpanel? Saya tak jumpa lagi jawapan kepada permasalahan ini. Ataupun sebenarnya kerana server yang tak membenarkan? Hmmm..

Apr 27

Tak sihat pula akhir2 ni. Sibuk juga lately ni huhu (Itulah lambat sikit update blog ini huhu). Disebabkan saya tak berapa sihat sangat, jadi tulisan kali ini pendek saja. Dalam sibuk2 mengerjakan blog saya yang satu lagi, terperasan pula sesuatu yang menarik untuk tatapan anda semua. Berkaitan cPanel juga nih

Apa kata tukar stail pembelajaran dari membaca ebook, kepada menonton video? Berminat? Tapi, jangan la pula lepas ni dah tak baca blog ini lagi, hehe. Mari melawat ke www.ecommercemastery.com/video/. Team SaifulSham & Partners ada sediakan 2 video percuma untuk anda. Video ini tentang cPanel juga.

1 - Bagaimana Untuk Melindungi File & Folder Anda Menggunakan Cpanel

2 - Bagaimana Untuk Menambahkan Domain Tambahan Kepada Akaun Hosting Anda?

Dengan Video 1, kita boleh lindungi barang2 berharga dalam website kita contohnya, ebook, dari dikebas oleh orang lain tanpa perlu membayar pada kita. Video 2 pula banyak membantu kita menjimatkan kos untuk hosting, kerana hanya perlu bayar 1 hosting untuk 1 atau lebih website.

Memang penting dan hebat, kalau dapat kuasai asas cPanel ini.

Mereka (Team SaifulSham & Partners) pun menyedari betapa pentingnya perlu menguasai asas cPanel supaya dapat memaksimakan kemudahan hosting berbayar kita yang ada.

Kami menyedari bahawa ramai pelanggan kami yang kerugian dan perniagaan internet mereka tidak ada kemajuan. Antara sebab perkara ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan hosting berbayar yang mereka gunakan. - sumber dari http://www.ecommercemastery.com/video/

Jadi, apa kata juri?