Aug 23

Apa khabar?

Lama saya tak menulis di sini…(saya tau, dah lebih 2,3 minggu :P )

Saya bukan senyap kosong 3 minggu ni, tapi memikirkan dan mengatur kembali rancangan bisnes, jangka pendek dan panjang. Walaupun berat hati untuk saya buat, tapi terpaksa dilakukan, memandangkan kesemua ini, tak boleh jadi sebahagian daripada pelan saya. Not fit to be in the big picture, orang kata.

Dengan ini,

Saya mengumumkan penutupan blog ini dengan post ini sebagai penutupnya..

Namun, saya masih reseller yang sah untuk Ebook Panduan Asas cPanel :) Anda masih boleh cari saya di www.WaidaKmy.com.

Pembeli2 yang telah membeli dengan saya sebelum ini, saya harap anda dapat daftar dengan forum support, supaya senang penulis asal menghubungi anda.

Doakan kejayaan saya. Aminnn :)

Jumpa lagi di lain masa dan keadaan!! :)

Jun 1

Hanya nak berkongsi pengalaman saya tentang ini.

Setelah menyelesaikan pesanan dari pembeli ebook pada Jumaat lepas, saya dapat pula aduan yang ebook tak dapat di-download. Bila saya cuba sendiri, ok pula. Setelah diselidiki, baru tahu, rupa2nya pembeli menggunakan “download manager” atau “download accelerator”.

Download accelerator/manager ni adalah satu perisian yang kita install, dan fungsinya mencepatkan proses download terutamanya fail yang besar (yang beratus2 MB ke Giga). Banyak download manager di internet.

Yang saya tahu, ada sesetengah laman web yang tak membenarkan penggunaan download manager. Kalau tak silap saya, bandwidth yang ada akan digunakan sepenuhnya oleh perisian ini, dan ini tidaklah disuka oleh sesetengah laman web. Pastilah, kita telah menutup peluang orang lain untuk membuka laman web hehe.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal topik ini. Betulkah download manager tak boleh download ebook yang dipasang password cpanel? Saya tak jumpa lagi jawapan kepada permasalahan ini. Ataupun sebenarnya kerana server yang tak membenarkan? Hmmm..