Ada pembaca yang bertanya, jadi saya fikir, baik jawab di sini saja. boleh kongsi dengan anda semua
Soalan pertama…
"Bagaimana nak upload fail supaya ia wujud di website kita?"
Saya anggap anda dah ada domain dan hosting sendiri lah ni eh. Apa yang anda perlu buat :-
- Namakan fail yang anda hendak display dengan "index.html"
- Upload fail ke folder "public html" di hosting anda
- Uji website anda, untuk tengok betul atau salah, dengan taip nama domain anda
Soalan berikutnya…
"Bagaimana nak letak A di laman utama website kita dan B pula di tempat lain dalam website kita?"
Haa, di sinilah kepentingan subdomain
Anda boleh tengok laman web saya ni, kan www.asascpanel.com lain berbanding www.asascpanel.com/blog. Jika anda lihat /blog itu adalah subdomain saya. Untuk buat subdomain, pakej hosting yang anda perlu beli mestilah benarkan anda buat subdomain. Jika tidak, maafkan saya. Sebenarnya, untuk letak lain2 benda di hosting anda, boleh juga anda buka satu folder baru di domain (gunakan perisian ftp). Login ke akaun hosting anda gunakan ftp dan cipta satu folder macam dalam windows. Kemudian upload fail html ke dalam folder tersebut. Kekurangan cara ini berbanding cara subdomain ialah:-
- Tak boleh track trafik untuk folder terbabit
- Alamat perlu betul, contohnya upload fail bernama "yoyo.html" ke dalam folder "Yosh" di domain sy.com (contoh saja). Untuk buka fail ini, alamat yang perlu ditaip adalah www.sy.com/Yosh/yoyo.html. Kalau anda guna subdomain pula, cukup dengan taip www.sy.com/Yosh/
Berbalik pada subdomain tadi, jika pakej hosting anda benarkan buat subdomain, login ke akaun cpanel dan buat subdomain dengan ikon "subdomain". PS : Nak tahu camne nak buat "www.blog.asascpanel.com" atau "www.asascpanel.com/blog", kene la beli ebook asascpanel hohoho
Hujung minggu ni proses update blog ini, jika tak available, harap maklum
Tambahan pada 9/4/08:
Ada kesilapan teknikal sikit pada post ni
www.asascpanel.com/blog - subfolder
www.blog.asascpanel.com - subdomain
Harap maklum..
