Jun 20

Maafkanlah saya. Lama tak dapat nak update blog ini.

Dalam 2 ke 3 minggu lepas, masa terhad yang ada cuma cukup untuk saya update blog saya satu lagi saja. Bukanlah berniat untuk mengabaikan blog ini, cuma waidakmy.com itu blog saya yang utama. Jadi, perlu utamakan yang itu dulu lah. Jangan risau, saya masih sayangkan blog ini :)

Ebook cPanel bukan Perisian..

Saya pernah mendapat emel, ada yang berminat untuk membeli ebook Panduan Asas cPanel ini. Saya tiada masalah, lagi banyak anda beli lagi bagus :D . Masalahnya, ada yang tidak faham apa yang dibeli. Pening juga saya. Ya lah, bagi saya, biarlah saya menjual dengan etika. Itu prinsip saya. Jadi di sini, biarlah saya terangkan sejelas2nya di sini supaya anda lebih faham :)
Apa itu Ebook?

Ebook adalah Buku Digital. Sama macam buku biasa, cuma dalam bentuk digital. Bermakna perlu dibaca di komputer, melainkan anda print ebook tersebut. Selalunya ebook ini dibuat dalam format PDF atau executable file. Jika ebook berformat PDF, ianya perlu dibaca dengan perisian Adobe Reader. Jika ia executable file (akhir dengan .exe), boleh dibuka dengan klik dua kali seperti perisian lain saja.

Apa itu Ebook Panduan Asas cPanel?

Seperti buku lain di pasaran, ebook juga ada pasarannya di dunia internet ni. Macam2 tajuk buku sebenar, macam2 la juga tajuk ebook. Jadi, tajuk ebook jualan saya, Panduan Asas cPanel :)

Apa itu cPanel?

cPanel adalah perisian yang dipasang oleh penyedia hosting (seperti Sempoihosting, ECommerceMastery atau Raksasa Hosting) sebagai panel kawalan untuk website anda. Bayangkan ianya seperti ’stereng’ untuk website anda.

Untuk siapa Ebook Panduan Asas cPanel ini?

  • Jika anda ada website atau blog di domain dan hosting sendiri
  • Hosting anda gunakan cPanel sebagai panel kawalan
  • Mempunyai kawalan ke atas hosting anda sendiri, yakni ada username dan password ke ruang admin website
  • Kurang faham menggunakan cPanel sendiri seperti tak tahu buat email atau ruang download
  • Malas mahu try and error :P

Haa, lengkap dah saya rasa penjelasan saya ni heh. Jika anda berkira2 untuk memiliki domain dan hosting sendiri, tak tahu bagaimana untuk dapatkannya pun boleh juga dapatkan ebook ini..

Jumpa lagi…

Feb 27
Apa itu Cpanel?
icon1 WaidaKmy | icon2 Pengenalan | icon4 02 27th, 2008| icon3No Comments »

Selamat Datang ke Blog Asas cPanel

Ok, pernah dengar pasal cPanel?

APA ITU CPANEL?

cPanel ni satu perisian yang diguna untuk kawal “website” anda. Perisian ini selalunya didatangkan percuma bila anda membeli domain dan hosting sendiri.

cpanel_main.gif

Untuk yang berminat buat “website” anda sendiri, anda perlulah ada domain dan hosting.

Domain itu contohnya, www.waidakmy.com atau www.asascpanel.com/blog. Domain ni, bahasa mudahnya, adalah alamat “website” anda.

Hosting pula, tempat di mana “website” anda berada. Untuk membolehkan orang lain di internet mengakses “website” anda, anda perlulah menyewa satu ruang di server. Server ini bersambung terus-terusan dengan internet, dan bolehkan orang lain akses “website” anda setiap masa. Ruang itu lah kita panggil hosting.

Selalunya, perisian Cpanel ni akan datang sekali dengan ruang hosting yang anda sewa. Jadi, patutlah kita mahirkan diri dengan kawalan Cpanel ni kan? :)

Selain dari Cpanel, ada juga perisian kawalan lain, tapi saya tak akan sentuh di sini (Nama blog ini pun AsasCpanel bukan? :P ) Di sini, saya hanya fokus pada Cpanel sebabnya saya rasa panel kawalan Cpanel ni dah cukup best :D

Jumpa lagi..