Apr 27

Tak sihat pula akhir2 ni. Sibuk juga lately ni huhu (Itulah lambat sikit update blog ini huhu). Disebabkan saya tak berapa sihat sangat, jadi tulisan kali ini pendek saja. Dalam sibuk2 mengerjakan blog saya yang satu lagi, terperasan pula sesuatu yang menarik untuk tatapan anda semua. Berkaitan cPanel juga nih

Apa kata tukar stail pembelajaran dari membaca ebook, kepada menonton video? Berminat? Tapi, jangan la pula lepas ni dah tak baca blog ini lagi, hehe. Mari melawat ke www.ecommercemastery.com/video/. Team SaifulSham & Partners ada sediakan 2 video percuma untuk anda. Video ini tentang cPanel juga.

1 - Bagaimana Untuk Melindungi File & Folder Anda Menggunakan Cpanel

2 - Bagaimana Untuk Menambahkan Domain Tambahan Kepada Akaun Hosting Anda?

Dengan Video 1, kita boleh lindungi barang2 berharga dalam website kita contohnya, ebook, dari dikebas oleh orang lain tanpa perlu membayar pada kita. Video 2 pula banyak membantu kita menjimatkan kos untuk hosting, kerana hanya perlu bayar 1 hosting untuk 1 atau lebih website.

Memang penting dan hebat, kalau dapat kuasai asas cPanel ini.

Mereka (Team SaifulSham & Partners) pun menyedari betapa pentingnya perlu menguasai asas cPanel supaya dapat memaksimakan kemudahan hosting berbayar kita yang ada.

Kami menyedari bahawa ramai pelanggan kami yang kerugian dan perniagaan internet mereka tidak ada kemajuan. Antara sebab perkara ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan hosting berbayar yang mereka gunakan. - sumber dari http://www.ecommercemastery.com/video/

Jadi, apa kata juri?

Apr 13

Beli iklan di wangcyber.comminggu lepas, macam biasalah, kena isi form untuk beli iklan. Macam biasa juga, mesti letak gambar banner dan link website untuk banner tu. Di wangcyber.com ini, hanya letak link untuk gambar banner dan owner akan download kemudian nanti (saya agaklah hehe).

Tiba2 keesokan harinya dapat emel dari owner wangcyber, link yang saya bagi tu tak berfungsi. Saya pun cubalah, selalunya ok aje kalau link gambar untuk blog ini. Pelik juga, kenapa jadi begitu. Mesti sebabkan setting cPanel yang saya dah set. Godek punya godek, tahulah sebab kenapa.

Dalam muka depan cPanel, ada satu ikon bernama "Hotlink Protection". Saya hidupkan fungsi Hotlink Protection sebab saya tak mahu, orang gunakan gambar atau fail2 saya di website mereka. Maknanya, link pada gambar tu adalah dari website saya.  Rugilah, sebab ini ala2 orang lain tumpang bandwidth kita.

Untuk hidupkan fungsi "Hotlink Protection", klik butang "Activate" di bahagian bawah. Nak tahu sama ada dah dihidupkan atau belum, cuma tengok di bahagian atas. Kalau tulis, "enabled", maknanya fungsi dah pun dihidupkan.

Oh ya, berbalik pada masalah saya kat atas tu, bila saya lihat kembali setting pada "Hotlink Protection", terperasan pula ada satu kotak yang tertulis "Allow direct requests (ie. entering the url to an image in your browser)". Saya pun tanda (/) pada kotak tu.

No wonder. Padanlah orang tak boleh buka gambar dari link yang saya bagi, hoho . Selesai satu masalah..