Feb 29
Buka akaun emel dengan Cpanel
icon1 WaidaKmy | icon2 Email | icon4 02 29th, 2008| icon3No Comments »

Apa yang boleh buat dengan Cpanel?

Paling mudah, buat emel yang berakhir dengan domainanda.com contohnya admin@domainanda.com, sales@domainanda.com ke atau apa2 lah yang anda mahu. Janji domain itu anda yang punya hehe :D

Apa kebaikan ada emel2 seperti yang di atas ni?

Tingkatkan kredibiliti anda jika anda berniaga di internet. Mana yang anda lebih percaya, anda dapat emel dari admin@domainanda.com atau emel dari akaun yahoo, msn atau gmail. Sudah pasti, emel yang berakhiran di domain anda sendiri kan? :D

Dengan membina banyak2 akaun, contohnya admin@domainanda.com, jualan@domainanda.com, anda boleh alihkan emel berlainan ke akaun berlainan. Contoh mudahnya, emel jualan@domainanda.com hanya untuk tujuan2 jualan saja. Admin@domainanda.com pula hanya untuk pengumuman2 penting (contoh saja)

Apa2 pun pilihan terletak di tangan anda (cewah, macam iklan mengundi pulak :P )