Mar 28

Sejak2 ada hosting sendiri ni, saya rasa kerja2 yang paling kerap upload lah. Setuju dengan saya? :) Yang saya tahu, nak upload fail ke hosting ada 2 cara

  • Cara FTP

FTP (File Transfer Protocol), sebenarnya satu jenis protokol atau bahasa untuk komunikasi antara 2 komputer (komputer saya dan server hosting :D ) Install FTP klient dalam komputer. Login ke akaun hosting dan pindah / upload fail ke server. Mudah dan cepat. Konsepnya pun senang, kebanyakannya drag and drop saja hehe. Sejak dah install FireFTP (add-on untuk Firefox), dah kurang pakai klien FTP lain :)

  • Cara File Manager di cPanel

Yang ini, sedikit leceh tapi berguna jika saya guna komputer orang lain. Yelah, takkan nak install FTP klien kat komputer orang hehe. Nak upload, masuk ke “File Manager” di akaun cPanel, dan satu page baru akan terbuka. Semua fail akan disenaraikan. Ada satu pilihan “Upload File” di bahagian atas. Anda bayangkan proses upload ini seperti anda buat attachment pada emel. Perlu “browse” fail terlebih dulu, dan baru lah boleh klik “upload”. Leceh bukan? :D Fail yang sedikit masih rajin lagi. Saya memang malas hoho.

Ada cara upload lain ke? Hmm, setakat ni saya cuma tahu 2 saja. Kongsi dengan saya jika ada cara lain :) Berminat juga nak tahu. Ok, jumpa lagi :)