Jul 13

Saya terjumpa website sample 404 pages ini. Ada 4 contoh yang diletakkan. Saya rasa, penting untuk kita letak salah satu ciri yang akan saya kongsikan di sini.

Contoh 1 - Johnny Flash

Sample 404 pages no 1 - Johnny Flash

Contoh 2 - Wikipedia

Contoh 3 - Apple

Apple Error Page

Saya telah tanda dengan kotak merah ketiga2 contoh itu, untuk tunjukkan ciri2 penting.

Dalam Contoh 1 (Johnny Flash), ada link ke halaman utama. Ini akan membantu direct visitor ke halaman utama. Mengikut sumber, hanya 23% visitor yang akan cuba mencari missing page tersebut, manakala bakinya (77%) akan pergi begitu saja, setelah jumpa 404. Hmm, rugi bukan. Dah kehilangan 77% visitor.

Contoh 2 (Wikipedia) pula, selain dari meletak link ke halaman utama, penting kita untuk memberitahu apa yang terjadi kepada visitor. Maknanya visitor tahu mereka telah taip alamat yang salah, atau mencari alamat yang tidak wujud, dan lain2. Bayangkan, jika anda meletak iklan di 404 pages anda, tapi tidak ada pemberitahuan sebegini. Tentu visitor anda pelik heh.

Contoh 3 (Apple) pula, bagus juga jika dapat buat sebegini. Ini kerana, Apple telah meletak link2 yang anda boleh lawati untuk 404 pages nya. Katakan anda memang mahu tahu tentang iPod, tapi tersalah alamat. Hanya perlu klik link iPod tanpa perlu ke ke halaman utama.

PS : Saya memang akan jarang update blog ini selepas ini. Harap maklum. Apa kata anda subscribe RSS untuk tahu update terkini blog ini. Terima Kasih :)

Apr 1

Saya dah buat satu contoh 404 pages atau error pages. Ada saya sertakan gambarnya di sini. Sayangnya, saya belum rasa nak tukar 404 pages baru. Saya fikir baik saya bagi anda, untuk anda letak di website anda. (Maaf, ini hanya untuk yang ada akaun hosting dan domain sendiri saja :) ). Jika anda mahu, saya akan customize untuk disesuaikan dengan website anda dan beri pada anda kod html nya.

Dah dapat kod html tu, anda login ke akaun cPanel dan cari ikon “Error Pages”. Tampal kod HTML yang saya beri pada 404 error pages dan save. En Dlie, ini lebih kurang caranya untuk buat error pages atau 404 pages yang En. Dlie tanya dulu.

Jika ada sesiapa yang mahu, (ingat, hanya yang ada domain dan hosting sendiri saja) boleh tinggalkan nama, emel dan nama domain anda di ruang komen di bawah.

Saya hanya akan terima sampai 13 April saja :)

Jumpa lagi :)

Contoh 404 pages yang saya buat

sample-404.jpg