
Kalau ikutkan gambar kat atas ni, trafik pelawat domain asascpanel.com ni 131 orang untuk bulan Feb 2008 dan 54 untuk bulan Mac.
Boleh tahan ramai juga, berbanding dengan usia domain ni
Berguna kan jika ada graf sebegini?
Tahulah saya, berapa pelawat yang berkunjung ke domain ni, dalam masa sebulan. Bukan setakat boleh tahu berapa pelawat untuk sebulan, nak tengok dalam hari dan pukul berapa pun boleh.
Untuk apa data2 sebegini?
Penting untuk kita analisis supaya selari dengan strategi pengiklanan bisnes kita. Katakan dari data, pelawat cenderung melawat blog ini pada hari Jumaat hinggalah Ahad (sebagai contoh). Waktu paling tinggi dalam pukul 8 malam ke atas. Jadi, untuk dapatkan klik yang tinggi, mesti saya letak iklan sebelum hari Jumaat hoho.
Begitu lah lebih kurang kepentingan tahu data trafik ni
