Tak sah sebut tentang Cpanel ni kalau tak sebut tentang hosting..
sebabnya dua2 ni saling berkait rapat.
Baik, saya ceritakan ikut pengalaman saja. Setakat ni, dah ada 2 domain. Satu www.waidakmy.com, satu lagi www.asascpanel.com.
Domain saya yang pertama, waidakmy.com, dihost dengan ecommercemastery.com. Kenapa saya beli dengan mereka? Sebabnya, tertarik dengan tawaran pakej “beginner” mereka. Saya kira fungsi yang ada sesuai lah untuk yang saya, yang baru nak cuba2 berjinak dengan website ni. Kesimpulannya, saya beli domain dan hosting sekali dari penyedia yang sama.
Domain yang kedua pula, asascpanel.com (domain untuk blog ni), saya nak cuba2 penyedia hosting yang lain pula. Jadi, saya cuba sempoihosting.com. Dengar2 kata orang lain, hosting ni best hehe. Yang menariknya, sempoihosting ni, anda bayar berapa banyak MB yang anda mahu. Katakan, anda cuma nak guna 30MB, jadi anda hanya bayar untuk 30Mb itu saja.
Tetapi, untuk asascpanel.com, domainnya saya tetap beli dengan ecommercemastery.com. Sebab apa, harga domainnya lebih murah, hohoho. RM30/setahun untuk satu domain. Kalau di sempoihosting.com, RM35/setahun setiap satu.
Kesimpulannya di sini, anda boleh pilih untuk membeli dari penyedia hosting sama ada, “domain”, “domain berserta hosting” dan “hosting” saja. Setiap penyedia hosting masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.
Jadi, pilihlah hosting ikut kesesuaian dan keperluan website anda. Kan membazir, anda beli ruang bersaiz GB, tapi hanyalah untuk minisite.
Adios~
P/S: memilih hosting ni, bukan ikut saiz dan bandwidth saja. ada lagi perkara lain yang perlu anda perhatikan..akan saya sentuh di entri akan datang…
