Mar 20

Suka betul explore function2 dalam cPanel ni (memang hobi suka explore function dalam software :D )

Bila dah beli hosting dengan penyedia hosting, katakan ecommercemastery, salah satu ciri yang ada, mesti kapasiti bandwidth kan? Mula2 selepas beli, selalu terfikir, macam mana la nak tengok bandwitdh untuk site ni. Bukan apa, takut kalau tak monitor, terlebih pula nanti. Yang merana nye saya dan website ni juga hoho :P

Perasan pula kat sebelah kiri muka utama cPanel tu, ada ditulis bandwidth untuk setiap bulan. Tapi, saya ni pelupa banyak sikit :P Lupa berapa bandwidth yang diberi untuk pakej yang saya ambil huhu. Terpaksa la rujuk balik pada website hosting saya :P

 

bandwidthno.gif

Nasib baik la kemudian terjumpa pula ni. Penggunaan bandwidth ditulis dalam peratusan. Lebih senang diingat berbanding berapa byte yang telah digunakan hoho. Penting juga, boleh tahu bila kita perlu naik taraf site kita :)

 

bandwidthpercent.gif

Nak ke sini, klik pada ikon Web/FTP Stats pada laman utama cPanel

 

webftpstats.gif

Itu saja :)