Buka akaun emel dengan cPanel

Akaun emel yang bagaimana boleh dibuka dengan cPanel?

Contoh emel yang boleh dibuat adalah seperti  admin@domainanda.com, sales@domainanda.com atau apa-apa saja yang anda mahu. Yang penting domain itu kepunyaan anda. 

Kebaikan emel seperti di atas?

1. Meningkatkan kredibiliti jika anda berniaga di Internet. 

Mana yang nampak lebih dipercayai, emel dari admin@domainanda.com atau emel dari akaun yahoo, msn atau gmail. Sudah pasti, emel yang berakhiran di domain anda sendiri bukan?

2. Mengalihkan emel yang datang ke akaun berlainan

Dengan membina banyak akaun emel, contohnya admin@domainanda.com, jualan@domainanda.com, anda boleh mengalihkan emel masuk ke akaun berlainan. Contoh mudahnya, emel jualan@domainanda.com hanya untuk tujuan jualan saja. Admin@domainanda.com pula hanya untuk pengumuman penting

Dan pelbagai lagi kelebihan lain..


Senarai Artikel Asas cPanel yang mungkin menarik minat anda:-

Apa itu cPanel
Apa itu Hosting
Ciri-ciri hosting yang saya cari
2 Cara Upload Fail ke Hosting
Apa itu Subdomain
Berapa Trafik ke Laman Web
Istilah-Istilah Trafik
Buka akaun emel dengan cPanel
Buka Emel cPanel di Gmail dan YahooMail
Apa itu 404 Pages
Berapa bandwidth yang dah diguna
Apa itu Ebook Asas cPanel



Dapatkan Panduan Asas cPanel sekarang juga di sini