Sebelum memilih penyedia hosting, saya akan tentukan keperluan saya terlebih dulu. Bermakna, apa yang saya nak buat dengan website itu nanti. Adakah buat blog? Atau minisite? Kedai Online?
Lain ciri website yang saya nak buat, lainlah ciri-ciri hosting yang saya perlukan.
Katakan, saya hanya nak buat minisite. Oh ya, minisite ini website yang selalunya menjual satu jenis barang saja. Boleh lihat contohnya di sini. Katakan juga, produk di minisite itu, hanya akan menjual ebook yang bersaiz dalam 2-3 MB saja.
Jadi, untuk ruang storan atau space, saya perlukan 30-40MB saja, untuk simpan ebook dan fail-fail html minisite, seperti banner, salesletter dan lain-lain lah. Tak perlu ruang sampai 500MB atau yang berGiga-giga bukan?
Kalau bandwidth pula, yang ini saya perlukan yang banyak, sebabnya, saya perlu tampung keperluan orang men-download ebook tu. Kalau sikit sangat bandwidth, lambat pula proses download nanti, lagi-lagi kalau ramai yang tengah men-download dalam masa yang sama. Kalau sikit sangat, tak sampai sebulan, website saya tak dapat dicapai, gara-gara tak cukup bandwidth. Disebabkan saiz ebook itu kecil saja, bandwidth 1-2 Gig dah cukup untuk saya.
Hmm, saya mungkin nak tambah subdomain dan addon domain di website baru ni? Jadi saya masukkan ciri-ciri ini semasa mencari hosting
Apa itu subdomain? Contohnya yang anda sedang baca ni lah. Cuba tengok alamat nota ni? Kan ada /nota di belakangnya? Saya bina Nota Asas cPanel ni di subdomain asascpanel.com. Bagus juga kan kalau ada subdomain. Jadi, anda kenalah cari pakej yang ada tawarkan subdomain, tak kiralah unlimited ke, 5 je ke..
Cara nak tambah subdomain? Nak tahu caranya, kenalah beli ebook ni ![]()
Apa itu cPanel
Apa itu Hosting
Ciri-ciri hosting yang saya cari
2 Cara Upload Fail ke Hosting
Apa itu Subdomain
Berapa Trafik ke Laman Web
Istilah-Istilah Trafik
Buka akaun emel dengan cPanel
Buka Emel cPanel di Gmail dan YahooMail
Apa itu 404 Pages
Berapa bandwidth yang dah diguna
Apa itu Ebook Asas cPanel

