Saya pernah mendapat emel, ada yang berminat untuk membeli ebook Panduan Asas cPanel ini. Saya tiada masalah, lagi banyak anda beli lagi bagus. Masalahnya, ada yang tidak faham apa yang dibeli. Pening juga saya. Bagi saya, biarlah saya menjual dengan etika. Itu prinsip saya. Jadi di sini, biarlah saya terangkan sejelas-jelasnya di sini supaya anda lebih faham.
Apa itu Ebook?
Ebook adalah Buku Digital. Sama macam buku biasa, cuma dalam bentuk digital. Bermakna perlu dibaca di komputer, melainkan anda print ebook tersebut. Selalunya ebook ini dibuat dalam format PDF atau executable file. Jika ebook berformat PDF, ianya perlu dibaca dengan perisian Adobe Reader. Jika ia executable file (akhir dengan .exe), boleh dibuka dengan klik dua kali seperti perisian lain saja.
Apa itu Ebook Panduan Asas cPanel?
Seperti buku lain di pasaran, ebook juga ada pasarannya di dunia internet ni. Kalau ada pelbagai tajuk buku sebenar, ada pelbagai jugalah tajuk ebook. Jadi, tajuk ebook jualan saya, Panduan Asas cPanel
Apa itu cPanel?
cPanel adalah perisian yang dipasang oleh penyedia hosting (seperti
Sempoihosting atau ECommerceMastery) sebagai panel
kawalan untuk website anda. Bayangkan ianya seperti ’stereng’ untuk
website anda.
Untuk siapa Ebook Panduan Asas cPanel ini?
- Jika anda ada website atau blog di domain dan hosting sendiri
- Hosting anda gunakan cPanel sebagai panel kawalan
- Mempunyai kawalan ke atas hosting anda sendiri, yakni ada username dan password ke ruang admin website
- Kurang faham menggunakan cPanel sendiri seperti tak tahu buat email atau ruang download
- Malas mahu try and error
Lengkap dah saya rasa penjelasan saya ni. Jika anda berkira-kira untuk memiliki domain dan hosting sendiri, tak tahu bagaimana untuk dapatkannya pun boleh juga dapatkan ebook ini..
Apa itu cPanel
Apa itu Hosting
Ciri-ciri hosting yang saya cari
2 Cara Upload Fail ke Hosting
Apa itu Subdomain
Berapa Trafik ke Laman Web
Istilah-Istilah Trafik
Buka akaun emel dengan cPanel
Buka Emel cPanel di Gmail dan YahooMail
Apa itu 404 Pages
Berapa bandwidth yang dah diguna
Apa itu Ebook Asas cPanel

