Seperti yang saya tulis dalam buka akaun emel dengan cPanel, emel di domain sendiri ini nampak professional. Hmm, tapi sebenarnya saya tak berapa gemar nak semak emel di situ.
Sebabnya, lain-lain akaun kena dibuka berasingan. Katakan anda buat 2 akaun, 1 untuk pertanyaan, 1 lagi untuk urusan pembelian, jadi ada 2 emel, pertanyaan@domainanda.com dan pembelian@domainanda.com.
Nak buka kedua-dua emel ni, anda perlu login akaun pertanyaan, kemudian logout, dan login pula akaun pembelian. Leceh juga. Itu yang saya tak berapa gemar tu huhu. Untuk atasi masalah malas saya tu, saya gunakan fungsi Forwarders.

(Juga boleh set konfigurasi forwarders untuk setiap akaun emel yang ada di “Forwarding Option”)
Setiap akaun emel saya, saya setkan fungsi forward ke akaun Gmail saya. Selepas diset, setiap emel yang masuk ke inbox akan dihantar juga ke inbox Gmail saya. Mudah bukan? Jadi, saya hanya buka di Gmail lah, dan tiada lagi masalah terlepas emel-emel penting di akaun emel cPanel.
Apa itu cPanel
Apa itu Hosting
Ciri-ciri hosting yang saya cari
2 Cara Upload Fail ke Hosting
Apa itu Subdomain
Berapa Trafik ke Laman Web
Istilah-Istilah Trafik
Buka akaun emel dengan cPanel
Buka Emel cPanel di Gmail dan YahooMail
Apa itu 404 Pages
Berapa bandwidth yang dah diguna
Apa itu Ebook Asas cPanel

