Tak sah sebut tentang Cpanel ni kalau tak sebut tentang hosting..sebabnya kedua-dua ini saling berkait rapat.
Baik, saya ceritakan ikut pengalaman saja. Setakat ni, saya sudah ada 2 domain. Satu www.waidakmy.com, satu lagi www.asascpanel.com.
Domain saya yang pertama, waidakmy.com, dihost dengan ecommercemastery.com. Kenapa saya beli dengan mereka? Sebabnya, tertarik dengan tawaran pakej “EcstatiX” mereka. Saya kira fungsi yang ada sesuai lah untuk saya, yang baru nak cuba-cuba berjinak dengan website ni. Kesimpulannya, saya beli domain dan hosting sekali dari penyedia yang sama.
Domain yang kedua pula, asascpanel.com (domain untuk blog ni), saya nak cuba-cuba penyedia hosting yang lain pula. Jadi, saya cuba sempoihosting.com. Dengar dari orang lain, hosting ni best hehe. Yang menariknya, sempoihosting ni, anda bayar berapa banyak MB yang anda mahu. Katakan, anda cuma nak guna 30MB, jadi anda hanya bayar untuk 30Mb itu saja.
Tetapi, untuk asascpanel.com, domainnya saya tetap beli dengan ecommercemastery.com. Sebab apa, harga domainnya lebih murah, RM30/setahun untuk satu domain. Kalau di sempoihosting.com, RM35/setahun setiap satu.
Kesimpulannya di sini, anda boleh pilih untuk membeli dari penyedia hosting sama ada, “domain” saja, “domain berserta hosting” dan “hosting” saja. Setiap penyedia hosting masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.
Jadi, pilihlah hosting ikut kesesuaian dan keperluan website anda. Usah membazir dengan membeli ruang bersaiz GB, tapi hanya digunakan untuk minisite.
Apa itu cPanel
Apa itu Hosting
Ciri-ciri hosting yang saya cari
2 Cara Upload Fail ke Hosting
Apa itu Subdomain
Berapa Trafik ke Laman Web
Istilah-Istilah Trafik
Buka akaun emel dengan cPanel
Buka Emel cPanel di Gmail dan YahooMail
Apa itu 404 Pages
Berapa bandwidth yang dah diguna
Apa itu Ebook Asas cPanel

