![]() |
||||
|
Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan Berikut adalah terma dan syarat untuk "Ebook Panduan Cpanel". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut. Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas 1. Harga Ebook ini adalah RM35.00. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung. 2. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web belajarcpanel.com sahaja. 3. Ebook Panduan Cpanel ini lebih menumpu kepada "Langkah Demi Langkah Menggunakan Menu Yang Terdapat Pada Cpanel". Pakej ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai nama domain, web hosting namun lebih penekanan terhadap Cpanel. Namun ia akan disentuh juga secara umum sahaja. 4. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini. 5. Ruang Pertanyaan Melalui Email iaitu sokongan untuk pembeli tidak dijamin akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan sebegitu. 7. Di ruang pertanyaaan ini, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan dari segi teknik, tip dan panduan seperti yang dijanjikan di muka surat "sales letter". Jaminan Pulangan Wang 1. Pihak asascpanel.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari dari tarikh anda menerima Ebook Panduan cpanel ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat' seperti berikut:
2. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya. 3. Namun, jika Ebook ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang salah di sisi undang-undang atau etika internet, maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut. Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook 1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah. 2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda. 3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas. 4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut. 5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain. - Tamat Terma & Syarat - Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Ebook Panduan Asas Cpanel ini. Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Ebook Panduan Asas Cpanel ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
|
||||
![]() |
||||